Thursday, December 16, 2010

Selamat Datang Ke Laman Blog Ini

apa khabar para pengunjung? semoga anda semua sihat dan gembira. terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai admin blog ini. anda boleh panggil saya admin sahaja. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan segan untuk menghantar email kepada saya di alamat akupenternakayamsabung@gmail.com. saya akan cuba menjawab pertanyaan anda semua.

untuk pengetahuan semua, saya hanya seorang penternak ayam sabung amatur sahaja. hanya menternak ayam sabung sebagai satu minat yang sihat. tidak pernah pernah bertaruh dalam gelanggang sebenar. hanya bubuk2 di rumah sahaja. namun demikian, saya mempunyai baka ayam sabung yang baik. diperolehi daripada pakcik-pakcik dan kawan-kawan yang memang kaki sabung.

baka ayam sabung yang saya ternak hanya daripada baka ayam yang mempunyai sisik seribu dan babat sahaja. saya hanya berminat melihat mainan ayam sabung yang berdasarkan pukulan. saya tidak suka melihat perlawanan ayam sabung yang bersifat taji.

bosoungan atau ayam jantan yang saya gunakan untuk menternak hanya dua ekor sahaja. yang pertama merupakan ayam sabung yang bersisik seribu, bersaiz besar, berat dalam 3.25kg, rekod kemenangan 4 kali, main pukulan, kepala angkul, mempunyai pukulan jahat, mempunyai taring penamat yang bagus, bibit baka ayam siam tulen generasi ketiga (menurut pakcik saya yang menjualkan ayam ini kepada saya).

manakala ayam jantan yang kedua pula merupakan baka tulen ayam sabung burma yang bersaiz agak kecil, ayam tersebut masih muda, sudah bubuk sekali dan memperlihatkan prestasi yang baik, mainan kepala jenis lock dan lilit kiri-kanan, merupakan bibit ayam sabung dengan rekod kemenangan sebanyak 3 kali. ayam ini sangat pantas dan rajin memukul, kaki boleh dikatakan sangat tiru. memandangkan ayam ini juga merupakan baka sisik seribu maka pukulannya juga agak kuat walaupun badan dia bersaiz agak kecil (sederhana). berat dalam 2.75kg.

indung atau ayam betina yang saya gunakan adalah sebanyak 5 ekor. setiapnya mempunyai ciri-ciri yang unik. 2 indung yang merupakan adik-beradik saya perolehi daripada pakcik saya di tambunan. kedua-dua indung ini adalah angkul, mempunyai kaki yang tiru, merupakan ayam babat. 2 ekor indung yang lain merupakan indung burma tulen generasi kedua yang saya perolehi daripada kawan saya di area penampang. kedua-duanya mempunyai kaki jenis sisik seribu, frame besar, sangat pantas memukul, kepala jenis lock dan lilit kiri-kanan. indung yang terakhir pula merupakan indung siam tulen yang saya beli sendiri daripada pakcik saya yang berasal daripada penampang juga. ciri-ciri yang menarik ada dua sahaja, mempunyai banyak taring dan rajin pukul, manakala kepala spring.

setakat itu sahaja sebagai pendahuluan saya sebagai seorang penternak ayam amatur. sila beri tunjuk ajar kepada saya jika anda mempunyai tips-tips yang baik tidak kira dari segi penjagaan, penternakan dan sebagainya. akhir kata daripada saya, menternak haiwan ternakan merupakan satu usaha yang baik dan merupakan satu hobi yang sihat. saya hanya berminat dalam penternakan dan penjualan baka ayam sabung yang baik, yang selebihnya boleh dibeli untuk tujuan makanan, penternakan, untuk tujuan makanan bagi ibu-ibu yang baru bersalin. sekian.

Admin
akupenternakayamsabung@gmail.com

4 comments:

man said...

salam perkenalan,sy berminat dengan baka ayam sabung saudara sila hubungi saya di talian hp 0148587719 tenom

Gusung said...

salam!!
saya amat berminat dengan ayam sabong
tpi saya nak jual ayam kesayangan saya...nak tingok ayam kesayangan saya tinjau blog saya
lokasi sabah/tg aru

anjang said...

bro tolong minta hp mu bro.....saya mau tengok2 ayam tpt mu mana tau ada yg bekenan.... saya suka ayam babat. jasnie hp no 0138577888 bongawan sabah

Unknown said...

Bro sya peminat ayam siam ni bro... Lw bro ada jual ayam siam dlm umur 8 bulan gitu call sy 0194381937, sy di area keningau... Tq.